CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

08 December 2012

SEORANG PEMIMPIN HAMAS DIBEBASKAN DARI PENJARA PENJAJAH

Pihak berkuasa penjajah telah membebaskan salah seorang pemimpin terkemuka Gerakan Perjuangan Islam (HAMAS), Nabil Nu'aim An-Natshah, 54 berasal dari bandar Al-Khalil, selatan Tebing Barat (West Bank).

An-Natshah ditangkap oleh penjajah pada 25 Mei 2011 selepas di arah laopr di pusat tahanan Etsyion. Pada waktu itu, An-Natshah baru beberapa hari dibebaskan dari penjara Keselamatan Negara (pihak berkuasa Palestin Ramallah) di Al-Khalil. Walaupun kesihatannya terjejas, An-Natshah terpaksa meringkuk selama 6 bulan dalam penjara Palestin.

Lebih 15 kali An-Natshah ditangkap oleh penjajah dan pihak berkuasa Palestin. Tidak kurang tempoh 7 tahun, An-Natshah berada dalam penjara.

An-Natshah salah seorang pemimpin politik dan gerakan HAMAS yang hidup dalam buangan dari Marj Al-Zuhur. Beliau merupakan ahli perniagaan dan individu yang paling disegani. Seorang dari saudara kandungnya telah syahid semasa Intifadhah pertama dan seorang dari anaknya juga telah syahid pada 4 tahun yang lalu dalam satu operasi Bayt Kahel, barat Al-Khalil.

Sebaik sahaja dibebaskan dari penjara penjajah di Ofer berhampiran Ramallah, antara yang menyambut beliau adalah Speaker Legislatif Palestin, Dr. Aziz Duweik serta beberapa ahli parlimen dan pemimpin masyarakat.

Sumber:
07/12/2012, web berita Paltimes

0 comments:

08 December 2012

SEORANG PEMIMPIN HAMAS DIBEBASKAN DARI PENJARA PENJAJAH

Posted by Unknown at 07:45

0 comments on "SEORANG PEMIMPIN HAMAS DIBEBASKAN DARI PENJARA PENJAJAH"

Post a Comment

koMen laH siKit
nOura naK dEngaR kOraNg nyE pEndaPat pLuk